Sunday 20 October 2013

Waktu Solat Untuk Seluruh Negeri Pulau Pinang

PROGRAM MAAL HIJRAH 1435 PADA 05 NOVEMBER 2013

Pihak Masjid Terapung Tanjung Bunga akan menganjurkan program Ceramah yang akan disampaikan oleh Imam Muda Asyraf. Acara akan bermula selepas Solat Maghrib dengan alunan nasyid. Selepas Solat Isyak, barulah program ceramah akan bermula. Ajaklah bersama rakan taulan serta keluarga beramai-ramai mengimarahkan rumah ALLAH. Inshaa ALLAH.


MASJID TERAPUNG HISTORY / SEJARAH MASJID TERAPUNG



TANJUNG BUNGA FLOATING MOSQUE, PENANG, MALAYSIA
The original Masjid Tanjung Bunga was a wooden mosque.  In 1963, the wooden mosque was improved and the building was half brick.  In the 1980s, the population of Tanjung Bunga had increased and the mosque became too small to take in the increasing congregation.  A bigger mosque was needed.
The new mosque was named Tanjung Bunga Floating Mosque (Masjid Terapung Tanjung Bunga).  Its’ construction began in 2003 and was completed in early 2005 at a cost of RM15 million with funding from the Central Government.  Although the name suggests that it is floating, in actual fact the foundation is on steel pilings and just looks like it is floating when the tide is high. However, it is the first mosque in Malaysia to be built in the sea.
The architecture of the mosque follows the architecture of Western Asia which is Turkey.  The mosque can take in a congregation of 1,500 at any given time.  It is equipped with a prayer hall for men and ladies, ablution rooms for men and ladies, toilets for men and ladies, room for funerals, a minaret which is seven storeys high and a car park for 500 vehicles.
During the tsunami which swept Penang on 26 December 2004, the old mosque was not affected while the new mosque was unscathed.  The old mosque is now used as a ‘Tahfiz’ centre (a school where memorizing the Quran is taught).


MASJID TERAPUNG TANJUNG BUNGA, PULAU PINANG, MALAYSIA
Asalnya Masjid Tanjung Bunga adalah sebuah masjid kayu.  Pada tahun 1963, masjid kayu ini dinaiktaraf kepada masjid separuh batu.  Pada tahun 1980an, memandangkan penduduk sekitar Tanjung Bunga bertambah ramai dan masjid yang kecil tidak lagi mampu memuatkan bilangan Jemaah yang kian bertambah, masjid yang lebih besar diperlukan. 
Masjid baru yang diberi nama Masjid Terapung Tanjung Bunga, Pulau Pinang mula dibina pada tahun 2003.  Pembinaanya siap pada awal tahun 2005 dengan kos sebanyak RM15 juta yang dibiayai Kerajaan Pusat.  Walaupun, namanya Masjid Terapung, tetapi sebenarnya bangunannya tidaklah terapung sebab asasnya terletak di atas cerucuk-cerucuk besi dan apabila air laut pasang, masjid ini kelihatan seolah-olah terapung.  Walaupun begitu, masjid ini adalah masjid pertama di Malaysia yang dibina di dalam laut.
Senibinanya mengikut senibina Asia Barat iaitu Turki.  Masjid ini boleh memuatkan 1,500 jemaah pada satu satu masa.  Masjid ini juga dilengkapi dengan ruang solat lelaki dan wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita, bilik air lelaki dan wanita, bilik jenazah, menara setinggi tujuh tingkat bangunan serta tempat letak kereta untuk 500 buah kereta.

Semasa bencana tsunami berlaku pada 26 Disember 2004, masjid lama tidak mengalami kerosakan manakala Masjid Terapung  yang hampir siap dibina pun tidak terjejas.  Kini masjid lama dijadikkan Pusat Tahfiz al-Quran.