Masjid Terapung Tanjung Bunga
Sunday, 20 October 2013
PROGRAM MAAL HIJRAH 1435 PADA 05 NOVEMBER 2013
Pihak Masjid Terapung Tanjung Bunga akan menganjurkan program Ceramah yang akan disampaikan oleh Imam Muda Asyraf. Acara akan bermula selepas Solat Maghrib dengan alunan nasyid. Selepas Solat Isyak, barulah program ceramah akan bermula. Ajaklah bersama rakan taulan serta keluarga beramai-ramai mengimarahkan rumah ALLAH. Inshaa ALLAH.
MASJID TERAPUNG HISTORY / SEJARAH MASJID TERAPUNG
TANJUNG BUNGA FLOATING
MOSQUE, PENANG, MALAYSIA
The original Masjid Tanjung Bunga was a wooden mosque. In 1963, the wooden mosque was improved and
the building was half brick. In the
1980s, the population of Tanjung Bunga had increased and the mosque became too
small to take in the increasing congregation.
A bigger mosque was needed.
The new mosque was named Tanjung Bunga Floating Mosque
(Masjid Terapung Tanjung Bunga). Its’
construction began in 2003 and was completed in early 2005 at a cost of RM15
million with funding from the Central Government. Although the name suggests that it is
floating, in actual fact the foundation is on steel pilings and just looks like
it is floating when the tide is high. However, it is the first mosque in
Malaysia to be built in the sea.
The architecture of the mosque follows the architecture of
Western Asia which is Turkey. The mosque
can take in a congregation of 1,500 at any given time. It is equipped with a prayer hall for men and
ladies, ablution rooms for men and ladies, toilets for men and ladies, room for
funerals, a minaret which is seven storeys high and a car park for 500
vehicles.
During the tsunami which swept Penang on 26 December 2004,
the old mosque was not affected while the new mosque was unscathed. The old mosque is now used as a ‘Tahfiz’
centre (a school where memorizing the Quran is taught).
MASJID TERAPUNG
TANJUNG BUNGA, PULAU PINANG, MALAYSIA
Asalnya Masjid Tanjung Bunga adalah sebuah masjid kayu. Pada tahun 1963, masjid kayu ini dinaiktaraf
kepada masjid separuh batu. Pada tahun
1980an, memandangkan penduduk sekitar Tanjung Bunga bertambah ramai dan masjid
yang kecil tidak lagi mampu memuatkan bilangan Jemaah yang kian bertambah,
masjid yang lebih besar diperlukan.
Masjid baru yang diberi nama Masjid Terapung Tanjung Bunga,
Pulau Pinang mula dibina pada tahun 2003.
Pembinaanya siap pada awal tahun 2005 dengan kos sebanyak RM15 juta yang
dibiayai Kerajaan Pusat. Walaupun, namanya
Masjid Terapung, tetapi sebenarnya bangunannya tidaklah terapung sebab asasnya
terletak di atas cerucuk-cerucuk besi dan apabila air laut pasang, masjid ini
kelihatan seolah-olah terapung. Walaupun
begitu, masjid ini adalah masjid pertama di Malaysia yang dibina di dalam laut.
Senibinanya mengikut senibina Asia Barat iaitu Turki. Masjid ini boleh memuatkan 1,500 jemaah pada
satu satu masa. Masjid ini juga
dilengkapi dengan ruang solat lelaki dan wanita, tempat mengambil wuduk lelaki
dan wanita, bilik air lelaki dan wanita, bilik jenazah, menara setinggi tujuh
tingkat bangunan serta tempat letak kereta untuk 500 buah kereta.
Semasa bencana tsunami berlaku pada 26 Disember 2004, masjid
lama tidak mengalami kerosakan manakala Masjid Terapung yang hampir siap dibina pun tidak
terjejas. Kini masjid lama dijadikkan
Pusat Tahfiz al-Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)